ℬâhâśα ℳℯℓαγυ
Tuesday, 3 September 2013
Kata Hubung
Kata Hubung Perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk.
Kata Hubung Gabungan
Kata hubung gabungan menyambungkan dua ayat yang sama penting kedudukan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 239), kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama taraf sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan.
Kata Hubung Pancangan
Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat
kecil.
Kata hubung pancangan relatif. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 240), kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah kata yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung pancangan relatif ialah "yang".
Kata hubung pancangan komplemen.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 241), kata
hubung, pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi
komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua contoh kata komplemen
yang sering digunakan ialah "bahawa" dan "untuk".
Kata hubung pancangan keterangan
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 241), kata
hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi
keterangan pada satu klausa utama.
Monday, 2 September 2013
Kata Ganti Nama Diri
1. Kata
Ganti Nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk
menggantikan kata nama orang.
menggantikan kata nama orang.
2. Terdapat
tiga jenis kata nama ganti nama diri, iaitu:
a) Kata
ganti nama diri pertama
Contoh : saya, aku, hamba, kami, beta, patik, kita
Contoh ayat :
(i) Saya belajar di Tahun 3 Merah.
(ii) Kita
mesti belajar bersungguh-sungguh.
(iii) ‘ Beta tidak suka rakyat yang
merderhaka,’
titah Sultan Idris.
titah Sultan Idris.
b) Kata
ganti nama diri kedua
Contoh
: anda, kamu, engkau, awak,
tuanku, saudara
Contoh ayat :
(i) Anda terpilih sebagai pemenang bertuah.
(ii) Kamu
tidak boleh bising di perpustakaan.
(iii) ‘Adakah ini
pensel awak?’ Tanya Liza
kepada Kuma.
kepada Kuma.
c) Kata
ganti nama diri ketiga
Contoh
: ia, beliau, dia, mereka,
baginda, -nya
Contoh ayat : (i)
Dia berjalan kaki ke sekolah.
(ii) Beliau seorang guru yang berwawasan.
(iii) Fauzi dan Fazley bersahabat baik. Mereka
selalu pergi ke sekolah bersama-sama.
Wednesday, 21 August 2013
Kata Kerja Transitif
Kata kerja
merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau
keadaan
melakukan sesuatu. Kata kerja terbahagi kepada dua:
·
Kata kerja transitif
·
Kata kerja tak transitif
KATA KERJA TRANSITIF (KKT)
Kata kerja yang
memerlukan objek atau penyambut yang terdiri daripada kata nama untuk melengkapkan
maksud ayat.
KKT boleh dikenal
pasti dengan imbuhannya iaitu:
(minum, makan) –
tiada imbuhan
meN-... - (mencangkul,
menebang, memukul)
meN-...-i - (menjalani, menghadiahi,
menghadapi)
meN-...-kan - (melarikan, memasukkan, menjalankan)
memper-... - (memperbesar, mempercantik,
mempersuami, memperisteri)
memper-...-kan - (mempertingkatkan,
mempertunjukkan)
memper-...-i - (memperdengari, memperingati)
KKT boleh
dipasifkan. Contoh:
Ayat Aktif
|
Ayat Pasif
|
Ah Moi sedang membasuh kain di dalam
bilik air.
|
Kain sedang dibasuh oleh Ah Moi di
dalam bilik air.
|
Pekerja-pekerja sedang memperlebar
jalan raya.
|
Jalan raya sedang diperlebar
oleh pekerja-pekerja.
|
Ibu menidurkan adik di
dalam kamar.
|
Adik ditidurkan oleh ibu di
dalam kamar.
|
Kami makan kentang goreng
itu.
|
Kentang goreng itu kami makan.
|
Tuan Hakim menjatuhi pengedar
dadah itu hukuman mati mandatori.
|
Pengedar dadah itu dijatuhi
hukuman mati mandatori oleh Tuan Hakim.
|
KATA KERJA TAK TRANSITIF (KKTT)
Kata kerja tak
transitif (intransitif) ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat
berdiri sendiri dalam ayat. Oleh itu, KKTT tidak memerlukan objek atau
penyambut untuk menyempurnakan maksudnya. KKTT tidak boleh dipasifkan.
KKTT boleh dikenal
pasti melalui imbuhannya, contohnya adalah seperti yang di bawah ini.
·
Tanpa imbuhan (pulang, pergi,
duduk, mati, tidur, balik)
·
meN-... (mengalir, meletup, menangis,
membisu)
·
ber-... (berbicara, bercadang, berbincang, berkereta)
·
ter-... (terkeluar, terjatuh, terpelosok, tertarik)
·
ber-...-an (berguguran, bergandingan, berkibaran, bertaburan)
·
ber-...-kan (berselimutkan, bersuamikan, beristerikan, berbantalkan)
KKTT terbahagi
kepada dua iaitu;
i. KKTT tanpa pelengkap
ii. KKTT berpelengkap
KKTT Tanpa
Pelengkap
Kata kerja yang
boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap.
Contoh:
Gadis itu asyik termenung.
Ayah dan ibu sedang berbicara.
Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban.
KKTT di atas boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberikan keterangan lanjut
tentang ayat tersebut.
Contoh:
1. Si Dara itu
asyik termenung di dalam kamar.
2. Hanif dan
Nazimah sedang berbicara tentang pilihan raya.
3. Lori yang
sarat dengan muatan batu itu terhumban ke dalam gaung yang dalam.
KKTT Berpelengkap
Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap (terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan
kata sendi nama) untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap tidak sama
dengan objek atau penyambut kerana objek atau penyambut hadir selepas Kata
Kerja Transitif yang boleh mengalami proses pasif. Ayat yang mengandungi
pelengkap tidak boleh dipasifkan.
Contoh:
1. Keadaan banjir
sudah beransur surut.
2. Pasaran saham
di Malaysia sudah bertambah baik.
3. Pengemis itu
tidur berbantalkan lengan.
4. Ying Ying
bercita-cita untuk menjadi arkitek.
5. Cikgu Zakiah tinggal
di Kepala Batas.
6. Hampir lima
tahun Mak Limah menetap di kampung ini.
Daripada perbincangan di atas, dapatlah kita rumuskan
bahawa KKTT dan KKT mempunyai fungsi yang berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat
dengan jelas melalui frasa kerja tak transitif dan
frasa
kerja transitif.
Struktur Frasa Kerja Tak Transitif
Kata bantu
|
KKTT
|
Kata Sendi /adjektif
|
Kata Nama
|
sedang
|
bekerja
|
di
|
pejabat
|
ingin
|
berbincang
|
tentang
|
perkara
|
telah
|
terlupa
|
akan
|
nama rakannya
|
sudah
|
bertambah
|
kukuh
|
-
|
sudah
|
beransur
|
sembuh
|
-
|
telah
|
bersuamikan
|
-
|
orang kaya
|
telah
|
berpayungkan
|
-
|
daun pisang
|
Struktur Frasa Kerja Transitif
Kata Bantu
|
KKT
|
Objek atau Penyambut
|
telah
|
membincangkan
|
perkara
|
akan
|
memperbesar
|
rumah
|
sedang
|
menggilap
|
kasut
|
hendak
|
menunggang
|
motosikal
|
Tuesday, 20 August 2013
Pemahaman - Kata Nama AM, KHAS.
1.
|
Kata nama terbahagi
kepada kata nama am dan kata nama khas.
|
2.
|
Kata nama am ialah kata
yang merujuk kepada nama manusia, binatang, benda, tempat, tumbuh-tumbuhan
dan sebagainya secara umum.
|
3.
|
Kata nama khas ialah kata
yang merujuk kepada nama manusia, binatang, benda, tempat, tumbuh-tumbuhan
dan sebagainya secara khusus.
|
|
|
4.
|
Kata ganti nama terbahagi
kepada dan kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk.
|
5.
|
Kata ganti nama diri pula
terbahagi kepada kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang.
|
6.
|
Perhatikan rajah yang
berikut:
|
|
|
Subscribe to:
Posts (Atom)