Kata kerja
merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau
keadaan
melakukan sesuatu. Kata kerja terbahagi kepada dua:
·
Kata kerja transitif
·
Kata kerja tak transitif
KATA KERJA TRANSITIF (KKT)
Kata kerja yang
memerlukan objek atau penyambut yang terdiri daripada kata nama untuk melengkapkan
maksud ayat.
KKT boleh dikenal
pasti dengan imbuhannya iaitu:
(minum, makan) –
tiada imbuhan
meN-... - (mencangkul,
menebang, memukul)
meN-...-i - (menjalani, menghadiahi,
menghadapi)
meN-...-kan - (melarikan, memasukkan, menjalankan)
memper-... - (memperbesar, mempercantik,
mempersuami, memperisteri)
memper-...-kan - (mempertingkatkan,
mempertunjukkan)
memper-...-i - (memperdengari, memperingati)
KKT boleh
dipasifkan. Contoh:
Ayat Aktif
|
Ayat Pasif
|
Ah Moi sedang membasuh kain di dalam
bilik air.
|
Kain sedang dibasuh oleh Ah Moi di
dalam bilik air.
|
Pekerja-pekerja sedang memperlebar
jalan raya.
|
Jalan raya sedang diperlebar
oleh pekerja-pekerja.
|
Ibu menidurkan adik di
dalam kamar.
|
Adik ditidurkan oleh ibu di
dalam kamar.
|
Kami makan kentang goreng
itu.
|
Kentang goreng itu kami makan.
|
Tuan Hakim menjatuhi pengedar
dadah itu hukuman mati mandatori.
|
Pengedar dadah itu dijatuhi
hukuman mati mandatori oleh Tuan Hakim.
|
KATA KERJA TAK TRANSITIF (KKTT)
Kata kerja tak
transitif (intransitif) ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat
berdiri sendiri dalam ayat. Oleh itu, KKTT tidak memerlukan objek atau
penyambut untuk menyempurnakan maksudnya. KKTT tidak boleh dipasifkan.
KKTT boleh dikenal
pasti melalui imbuhannya, contohnya adalah seperti yang di bawah ini.
·
Tanpa imbuhan (pulang, pergi,
duduk, mati, tidur, balik)
·
meN-... (mengalir, meletup, menangis,
membisu)
·
ber-... (berbicara, bercadang, berbincang, berkereta)
·
ter-... (terkeluar, terjatuh, terpelosok, tertarik)
·
ber-...-an (berguguran, bergandingan, berkibaran, bertaburan)
·
ber-...-kan (berselimutkan, bersuamikan, beristerikan, berbantalkan)
KKTT terbahagi
kepada dua iaitu;
i. KKTT tanpa pelengkap
ii. KKTT berpelengkap
KKTT Tanpa
Pelengkap
Kata kerja yang
boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap.
Contoh:
Gadis itu asyik termenung.
Ayah dan ibu sedang berbicara.
Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban.
KKTT di atas boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberikan keterangan lanjut
tentang ayat tersebut.
Contoh:
1. Si Dara itu
asyik termenung di dalam kamar.
2. Hanif dan
Nazimah sedang berbicara tentang pilihan raya.
3. Lori yang
sarat dengan muatan batu itu terhumban ke dalam gaung yang dalam.
KKTT Berpelengkap
Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap (terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan
kata sendi nama) untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap tidak sama
dengan objek atau penyambut kerana objek atau penyambut hadir selepas Kata
Kerja Transitif yang boleh mengalami proses pasif. Ayat yang mengandungi
pelengkap tidak boleh dipasifkan.
Contoh:
1. Keadaan banjir
sudah beransur surut.
2. Pasaran saham
di Malaysia sudah bertambah baik.
3. Pengemis itu
tidur berbantalkan lengan.
4. Ying Ying
bercita-cita untuk menjadi arkitek.
5. Cikgu Zakiah tinggal
di Kepala Batas.
6. Hampir lima
tahun Mak Limah menetap di kampung ini.
Daripada perbincangan di atas, dapatlah kita rumuskan
bahawa KKTT dan KKT mempunyai fungsi yang berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat
dengan jelas melalui frasa kerja tak transitif dan
frasa
kerja transitif.
Struktur Frasa Kerja Tak Transitif
Kata bantu
|
KKTT
|
Kata Sendi /adjektif
|
Kata Nama
|
sedang
|
bekerja
|
di
|
pejabat
|
ingin
|
berbincang
|
tentang
|
perkara
|
telah
|
terlupa
|
akan
|
nama rakannya
|
sudah
|
bertambah
|
kukuh
|
-
|
sudah
|
beransur
|
sembuh
|
-
|
telah
|
bersuamikan
|
-
|
orang kaya
|
telah
|
berpayungkan
|
-
|
daun pisang
|
Struktur Frasa Kerja Transitif
Kata Bantu
|
KKT
|
Objek atau Penyambut
|
telah
|
membincangkan
|
perkara
|
akan
|
memperbesar
|
rumah
|
sedang
|
menggilap
|
kasut
|
hendak
|
menunggang
|
motosikal
|
No comments:
Post a Comment