Wednesday, 21 August 2013

Kata Kerja Transitif

Kata kerja merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja terbahagi kepada dua:
·         Kata kerja transitif
·         Kata kerja tak transitif
KATA KERJA TRANSITIF (KKT)
Kata kerja yang memerlukan objek atau penyambut yang terdiri daripada kata nama untuk melengkapkan maksud ayat.
KKT boleh dikenal pasti dengan imbuhannya iaitu:
(minum, makan) – tiada imbuhan
meN-...                                -              (mencangkul, menebang, memukul)
meN-...-i                              -              (menjalani, menghadiahi, menghadapi)
meN-...-kan                       -              (melarikan, memasukkan, menjalankan)
memper-...                         -              (memperbesar, mempercantik, mempersuami, memperisteri)
memper-...-kan                                -              (mempertingkatkan, mempertunjukkan)
memper-...-i                      -              (memperdengari, memperingati)
KKT boleh dipasifkan. Contoh:
Ayat Aktif
Ayat Pasif
Ah Moi sedang membasuh kain di dalam bilik air.
Kain sedang dibasuh oleh Ah Moi di dalam bilik air.
Pekerja-pekerja sedang memperlebar jalan raya.
Jalan raya sedang diperlebar oleh pekerja-pekerja.
Ibu menidurkan adik di dalam kamar.
Adik ditidurkan oleh ibu di dalam kamar.
Kami makan kentang goreng itu.
Kentang goreng itu kami makan.
Tuan Hakim menjatuhi pengedar dadah itu hukuman mati mandatori.
Pengedar dadah itu dijatuhi hukuman mati mandatori oleh Tuan Hakim.
                               
KATA KERJA TAK TRANSITIF (KKTT)
Kata kerja tak transitif (intransitif) ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Oleh itu, KKTT tidak memerlukan objek atau penyambut untuk menyempurnakan maksudnya. KKTT tidak boleh dipasifkan.
KKTT boleh dikenal pasti melalui imbuhannya, contohnya adalah seperti yang di bawah ini.
·         Tanpa imbuhan (pulang, pergi, duduk, mati, tidur, balik)
·         meN-...                                (mengalir, meletup, menangis, membisu)
·         ber-...                   (berbicara, bercadang, berbincang, berkereta)
·         ter-...                    (terkeluar, terjatuh, terpelosok, tertarik)
·         ber-...-an             (berguguran, bergandingan, berkibaran, bertaburan)
·         ber-...-kan          (berselimutkan, bersuamikan, beristerikan, berbantalkan)
KKTT terbahagi kepada dua iaitu;
                i.              KKTT tanpa pelengkap
                ii.             KKTT berpelengkap
KKTT Tanpa Pelengkap
Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap.
Contoh:
Gadis itu asyik termenung.
Ayah dan ibu sedang berbicara.
Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban.
KKTT di atas boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberikan keterangan lanjut tentang ayat tersebut.
Contoh:
1.  Si Dara itu asyik termenung di dalam kamar.
2.  Hanif dan Nazimah sedang berbicara tentang pilihan raya.
3.  Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban ke dalam gaung yang dalam.
KKTT Berpelengkap
Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap (terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata sendi nama) untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap tidak sama dengan objek atau penyambut kerana objek atau penyambut hadir selepas Kata Kerja Transitif yang boleh mengalami proses pasif. Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan.
Contoh:
1.  Keadaan banjir sudah beransur surut.
2.  Pasaran saham di Malaysia sudah bertambah baik.
3.  Pengemis itu tidur berbantalkan lengan.
4.  Ying Ying bercita-cita untuk menjadi arkitek.
5.  Cikgu Zakiah tinggal di Kepala Batas.
6.  Hampir lima tahun Mak Limah menetap di kampung ini.
Daripada perbincangan di atas, dapatlah kita rumuskan bahawa KKTT dan KKT mempunyai fungsi yang berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas melalui frasa kerja tak transitif dan frasa kerja transitif.
Struktur Frasa Kerja Tak Transitif
Kata bantu
KKTT
Kata Sendi /adjektif
Kata Nama
sedang
bekerja
di
pejabat
ingin
berbincang
tentang
perkara
telah
terlupa
akan
nama rakannya
sudah
bertambah
kukuh
-
sudah
beransur
sembuh
-
telah
bersuamikan
-
orang kaya
telah
berpayungkan
-
daun pisang
Struktur Frasa Kerja Transitif
Kata Bantu
KKT
Objek atau Penyambut
telah
membincangkan
perkara
akan
memperbesar
rumah
sedang
menggilap
kasut
hendak
menunggang
motosikal

Tuesday, 20 August 2013

Pemahaman - Kata Nama AM, KHAS.

1.
Kata nama terbahagi kepada kata nama am dan kata nama khas.
2.
Kata nama am ialah kata yang merujuk kepada nama manusia, binatang, benda, tempat, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya secara umum.
3.
Kata nama khas ialah kata yang merujuk kepada nama manusia, binatang, benda, tempat, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya secara khusus.
 
 
4.
Kata ganti nama terbahagi kepada dan kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk.
5.
Kata ganti nama diri pula terbahagi kepada kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang.
6.
Perhatikan rajah yang berikut: